Tuesday, January 18, 2011

LAMBAIAN KAABAH (Haji & Umrah Unit 1 Tajuk 13)

Pengertian Haji

Bahasa : Menuju ketempat mulia

Istilah : Mengunjungi Baitullah Al- Haram pada 1 syawal hingga 10hb Zulhijjah dengan mengerjakan ibadat-ibadat tertentu mengikut syarat-syaratnya

Pengertian Umrah

Bahasa : Ziarah

Istilah : Mengunjungi Baitullah Al- Haram pada bila-bila masa dengan mengerjakan ibadat-ibadat tertentu mengikut syarat-syaratnya

Ibadat haji difardukan pada tahun ke-6 hijrah.

Hukum Menunaikan Haji

Wajib :

  • Orang yang mampu dan cukup syarat-syaratnya.
  • Orang yang bernazar
  • Orang yang haji dahulunya terbatal

Sunat :

  • Orang yang mengerjakan haji untuk kali ke-2 dan seterusnya

Dalil Wajib Mengerjakan Haji dan Umrah:


Hikmah Diperintahkan Haji

Individu:

  1. Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
  2. Mendidik diri bersifat sabar dan sanggup bekorban
  3. Dapat berkenalan dengan jemaah dari negera lain

Umat Islam:

  1. Mewujudkan perpaduan kalangan umat Islam
  2. Umat islam bertambah kuat dan disegani
  3. Dapat bertukar pandangan dan membincangkan masalah umat Islam seluruhnya.

Maksud Mengupah Haji (Badal Haji)

Seseorang yang tidak berdaya mengerjakan haji disebabkan terlampau tua atau dihinggapi penyakit yang tidak mungkin sembuh atau meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan haji sedangkan ia berkemampuan maka diwajibkan ke atasnya atau keluarganya untuk menggantikannya atau mengupah orang lain untuk mengerjakan haji

Syarat Badal Haji

Pengupah:

  1. Meninggal dunia @ uzur syarie
  2. Dalam keadaan sakit tiada harapan sembuh
  3. Sudah cukup syarat wajib haji
  4. Tetapi belum menunaikan haji
  5. Mempunyai perbelanjaan yang mencukupi

Pengambil Upah:

  1. Telah sempurnakan haji bagi diri sendiri
  2. Ambil upah untuk seorang shj bagi satu musim
  3. Berniat ihram pada miqat orang yg digantikannya/ pada tempat yg sama jauh dari miqat itu
  4. Cukup keahlian (syarat wajib) bagi mengerjakan haji

Hikmah Mengupah Haji

  1. Memberi peluang orang sakit yang tidak ada harapan sembuh dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya
  2. Orang tua yang hilang upaya dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya
  3. Memberi peluang kepada anak-anak atau ahli keluarganya berbakti kepada ibu bapa atau keluarga yang telah meninggal dunia

Syarat-syarat Wajib Haji dan Umrah

  1. Islam
  2. Merdeka
  3. Berkuasa / berkemampuan
  4. Baligh
  5. Berakal

AKAL CAHAYA HIDUP (Tajuk 32)

Akal: Anugerah Allah kepada manusia dan dengan akal manusia dibezakan dengan haiwan dan makhluk lain

Al-Fikr: Aktiviti penggunaan akal atau minda manusia dalam konteks untuk memahami dan menyelesaikan masalah

CARA BERFIKIR

  1. Mengetahui perkara yang difikirkan
  2. Berfikir berasakan al-Quran dan al-Sunnah
  3. Memaklumi batasan dan kemampuan akal
  4. Mengetahui tujuan berfikir
  5. Mengetahui cara mencapai matlamat kepada perkara yang difikirkan

FUNGSI AKAL

  1. Menjadikan makhluk istimewa berbanding dengan makhluk lain
  2. Dapat berfikir dengan kejadian alam yang Allah jadikan
  3. Boleh berfikir dengan waras
  4. Dapat mengkaji, menyelidik dan mereka cipta sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat kepada manusia

HIKMAT BERFIKIR

  1. Memantapkan iman kepada Allah SWT
  2. Cemerlang hidup dunia dan akhirat
  3. Boleh menyelesaikan masalah dengan cepat
  4. Proaktif dan berdaya maju
  5. Menyedari kekuasaan Allah swt
  6. Dapat menceburi bidang-bidang baru
  7. Dapat hindari unsur khurafat

Mengapa Manusia Disuruh Berfikir Tentang Alam Ini….???

  1. Untuk meneroka khazanah alam
  2. Tingkatkan keimanan dan ketakwaan di atas bukti kekuasan dan kebesaran Allah SWT
  3. Lahir rasa kagum pada kebesaran dan keagungan Allah swt

ADAB BERFIKIR BERDASARKAN SUMBER

[Adab berfikir dalam Islam]

  • Wahyu dan Syariat-Kemampuan akal terbatas tidak tahu perkara ghaib melainkan yg diberitahu oleh wahyu
  • Akal Fikiran-Dapat membezakan perkara baik dan huruk
  • Bukti kajian Saintifik-Dapat meneroka bidang ilmu yang praktikal
  • Faklumat dan fakta yang benar dan tepat-Wujud disiplin ilmu yang memberi manfaat
  • Matlamat yang jelas-Berfikir lebih berfokas dan terancang

Perbezaan berfikir secara;


SYARAK
LOGIK

1.

Tetap dan tidak berubah
Berubah mengikut sesuatu perkara

2.

Berlandaskan dalil al-Quran dan Assunah
Berlandaskan bukti persekitaran/ sebab-musabab yang sesuai

3.

Hasilnya tepat dan tidak terpesong
Hasilnya mungkin tepat/tidak

Cara berfikir yang betul ialah mengetahui;

  1. Tujuan berfikir
  2. Batas dan kemampuan akal
  3. Perkara yang berfikirkan/ cara mencapai matlamat
  4. Perkara yang difikirkan
  5. Risiko yang akan berlaku

Cara berfikir yang tidak beradab;

  1. Berfikir perkara yg membawa maksiat
  2. Berfikir perkara yang boleh menyesatkan
  3. Perkara yg boleh memudaratkan diri, keluarga & masyarkat
  4. Berfikir perkara yg bertentangan dgn ajaran